Menjelang Kejohanan Balingan Asia 2026, jurulatih kebangsaan, Mohamad Ali Hamid, mahu menjadikan penampilan kali ini sebagai fasa penting dalam membentuk kesiapsiagaan atlet menghadapi Sukan SEA 2027.
Menurutnya, walaupun musim 2026 dibuka dengan penyertaan di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura baru-baru ini, prestasi atlet balingan negara masih berada di landasan yang dirancang dan menunjukkan perkembangan positif.
Advertisement
Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan lempar cakera wanita, Queenie Ting, meletakkan sasaran untuk mengekalkan konsistensi balingan melepasi 50 meter dalam setiap pertandingan.
Dalam masa sama, dia turut menyimpan hasrat untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri sebagai penanda aras peningkatan prestasi menjelang temasya utama akan datang.