Barisan pemain Kelantan The Real Warrior (TRW) dijangka menyambut Aidilfitri tanpa 'duit raya'.
Ini selepas isu tunggakan gaji mereka difahamkan masih belum selesai, sekali gus menjejaskan moral dan prestasi mereka dalam saingan Liga Super.
Advertisement
TRW tewas 1-2 kepada Melaka dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat semalam, yang merupakan kekalahan keenam berturut-turut mereka dalam saingan itu.
Penolong jurulatih, Kamarul Dinis Kamaruddin, berkata selepas perlawanan itu: "Saya tidak meletakkan isu ini sebagai keutamaan kerana yang lebih penting adalah pasukan harus memberikan persembahan yang baik dahulu.
"Isu-isu berkenaan merupakan tanggungjawab pihak pengurusan dan kami mengharapkan semua akan berjalan dengan baik selepas ini, Insya Allah."