Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Nasihat Rajagobal buat Harimau Malaya

FAM

"Nasi sudah menjadi bubur, jangan biarkan kemelut melanda terus belenggu fikiran."

Demikian pesan bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, apabila menegaskan keperluan buat skuad kebangsaan untuk berhenti menoleh kebelakang dan terus fokus kepada sasaran utama, iaitu mempertahankan maruah dalam pertembungan semula menentang Vietnam, Rabu depan.

Advertisement

'Dalam situasi apa pun, Harimau Malaya kena tunjukkan bahawa mereka pasukan yang baik.

"Itulah yang kena diberitahu kepada pemain, biar persediaan mereka tidak terganggu.

"Pemain juga pastinya sedar dan akan berikan yang terbaik," katanya.

Tambahnya, pendekatan terbaik yang boleh diambil kem negara adalah dengan memanfaatkan isu ketika ini menerusi sudut positif menjelang pertemuan terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia itu di Ninh Binh kelak.

Harimau Malaya perlu menyongsangkan psikologi susulan kehilangan tujuh pemain yang tidak sah dan ia sudah pastinya mewujudkan keyakinan buat skuad Vietnam, namun mereka mungkin kurang beri tumpuan kepada kebolehan pemain tempatan yang ditugaskan mengisi kekosongan slot tersebut.

"Ini mungkin menjadi satu tekanan kepada Vietnam.

Mungkin merekan akan tertanya-tanya barisan pemain negara yang akan diturunkan.

"Jadi kita perlu ambil ini sebagai satu pendekatan yang positif," katanya.

 

Must Watch Video