Ketua jurulatih hoki lelaki negara, Sarjit Singh, menegaskan bahawa The Speedy Tigers perlu mara ke perlawanan akhir Kejohanan Kelayakan Piala Dunia bagi melayakkan diri secara automatik ke pusingan ahkir 2026.
Pasukan hoki negara sudah pun diberikan mandat jelas di Ismailia, Mesir, dari 1 hingga 8 Mac iaitu layak ke Piala Dunia tanpa sasaran lain ditetapkan.
Advertisement
Sarjit berkata barisannya menunjukkan peningkatan yang tekal terutama dari segi kecergasan.
Namun, dia mengakui masih perlu penambahbaikan dalam aspek pertahanan dan penyudahan jaringan.
"Kami banyak meningkat banyak dan pemain bertambah cergas.
"Kami juga berdepan kekurangan, satu lagi kumpulan akan bermain di sebelah malam.
"Kami mempunyai bakat, pemain telah berusaha keras. Kami patut berada dalam final, seterusnya layak ke Piala Dunia," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, berkata The Seedy Tigers bakal berdepan cabaran getir kerana kejohanan berlangsung pada Ramadan.
Bagaimanapun, dia yakin pemain mampu memberikan prestasi terbaik, sekali gus merealisasikan misi layak ke Piala Dunia.
"Kalau semua (pemain berpuasa), ia agak menjadi cabaran untuk tingkatkan.
"Pemain (menempuhi) program dehidrasi dan pemakanan yang bermula sejak bulan lalu lagi agar mereka dapat bermain dengan baik," katanya pula.