Skip to main content

Bola Sepak

Kenapa tidak saya? -- Argzim Redzovic kecewa tidak diberikan kerakyatan

argzim redzovic

Pertahanan Melaka, Argzim Redzovic, meluahkan rasa kecewa apabila masih gagal mendapat status pemain naturalisasi biarpun sudah sembilan tahun bergelumang dalam Liga Malaysia.

Pemain yang memulakan karier bersama PDRM pada 2018 itu mengakui terkilan tidak mendapat kerakyatan Malaysia biarupun sudah berkahwin dengan wanita tempatan dari Pahang dan anak-anaknya juga lahir di Malaysia.

Advertisement


"Pada 2022, saya tahu Terengganu ada melakukan permohonan tetapi tiada jawapan," katanya dengan Bahasa Melayu yang fasih kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Sampai sekarang saya tidak tahu statusnya tetapi dokumen saya semua lengkap dan saya sudah bermain di Malaysia selama sembilan tahun sejak bersama PDRM.

"Saya juga sudah lapan tahun berkahwin dengan orang Malaysia, dan anak saya juga dua-dua orang Malaysia di Terengganu.

"Saya lihat mereka sebagai rumah utama saya tetapi sampai sekarang saya belum dapat (status naturalisasi).

"Saya tidak tahu apa masalahnya dan saya tidak boleh cakap apa-apa.

Status Argzim kembali menjadi perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas tujuh pemain kontroversi disahkan sebagai rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan.

Malah, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut mengesahkan empat daripada pemain itu layak beraksi dalam Liga Malaysia selaku pemain tempatan kerana memiliki kad pengenalan yang sah.=

 

Must Watch Video