Keputusan rayuan melibatkan tujuh pemain Harimau Malaya dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akhirnya menemui titik akhir apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memutuskan untuk melonggarkan hukuman penggantungan terhadap tujuh pemain berkenaan, namun pada masa sama mengekalkan denda sekitar RM1.8 juta yang perlu dibayar oleh badan induk itu ekoran pemalsuan dokumen.
Sehubungan itu, tumpuan kini terarah kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menentukan kedudukan FAM dan skuad kebangsaan, sementara adakah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga berperanan untuk mengambil tindakan lanjut melibatkan empat pemain yang beraksi bersama kelab tempatan.
Advertisement
CAS hanya mengubah sebahagian hukuman, namun tindakan lanjut masih boleh diambil oleh konfederasi dan penganjuran domestik.
Facundo Garces, Gabriel Arrocha, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel perlu meneruskan penggantungan 12 bulan. Berbanding denda oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini yang melarang daripada sebarang aktiviti bola sepak, kini mereka tetap boleh terlibat menjalani latihan dan bermain bersama kelab, namun tidak dibenarkan menyertai sebarang perlawanan rasmi seperti kempen liga, dan kejohanan domestik, perlawanan persahabatan di bawah kalendar FIFA serta pertandingan rasmi seperti kelayakan mahupun kejohanan asal.
Antara kebarangkalian hukuman yang boleh dikenakan oleh AFC adalah;
1. Pembatalan keputusan perlawanan rasmi.
Dua kemenangan oleh skuad kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 boleh ditarik dan pihak lawan mendapat kemenangan percuma 3-0.
2. Penolakan mata kempen.
3. Tersingkir daripada kempen, dan berkemungkinan tidak dapat berjuang dalam kelayakan edisi selepas 2027.
4. AFC juga boleh menjatuhkan denda tambahan kepada FAM.
Ia melibatkan tambahan bayaran atau sebarang kesilapan dalam pentadbiran boleh membawa kepada siasatan baru.
5. Larangan pentadbiran.
Pegawai yang terlibat dalam isu dokumentasi boleh digantung daripada aktiviti bola sepak, sekali gus diharamkan terlibat dalam urusan pentadbiran.
6. Atau mungkinkah bakal ada juga hukuman melibatkan kelab yang bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan ACL2? Kelab terlibat berpotensi dikenakan hukuman daripada segi penolakan mata atau kemenangan ditarik. Namun, tiada hujahan tepat atau peraturan yang tampak tidak mengakibatkan apa-apa kesan kerana kebebasan kuota pemain yang didaftarkan. Segalanya masih menjadi persoalan.
Senario terburuk boleh berlaku sekirangan AFC mengambil pendekatan keras iaitu membatalkan keputusan Kelayakan Piala Asia, seterusnya disingkirkan. Ranking keseluruhan FIFA terjejas. Persepsi negatif daripada kebanyakan negara.
Bagi sudut MFL selaku penganjur kancah domestik seperti Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan lain-lain pula. Berikut merupakan antara kemungkinan besar boleh berlaku.
1. Penguatkuasaan larangan pemain.
2. Pemotongan mata, mahupun kemenangan.
3. Siasatan pendaftaran kuota tempatan dan import.
Akan tetapi, Figueiredo, Irazabal, Hevel dan Palmero didaftarkan sebagai pemain tempatan dan sah disisi undang-undang. Semuanya bergantung kepada MFL untuk menentukan bentuk hukuman.
Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa pasport dan kewarganegaraan mereka tidak terbatal. Isu sebenar adalah berkenaan kelayakan bermain bukan tentang status kerakyatan. Jika diikutkan, tiada hukuman dikenakan kepada kelab yang menurunkan mereka sebelum ini.
Ini sekadar khabar angin kerana belum ada pengesahan rasmi daripada AFC dan MFL setakat ini. Dijangka, keputusan bakal dibuat dalam masa terdekat.
