Skip to main content

Bola Sepak

'Kerja 16 Jam Sehari?' -- Neymar akhirnya ‘bersih’ dari skandal buruh, chef Brazil nafi dakwaan saman

'Kerja 16 Jam Sehari?'  -- Neymar akhirnya ‘bersih’ dari skandal buruh, chef Brazil nafi dakwaan saman

Bintang bola sepak Brazil, Neymar, akhirnya menarik nafas lega selepas dakwaan skandal buruh yang mengaitkan namanya dilaporkan tidak benar.

Kontroversi itu sebelum ini tular apabila laporan media mendakwa seorang bekas chef peribadinya memfailkan saman terhadap Neymar, kononnya dipaksa bekerja sehingga 16 jam sehari untuk menyediakan makanan kepada ratusan tetamu di vila mewah pemain tersebut di Mangaratiba, Rio de Janeiro.

Advertisement

Chef yang dikenali sebagai Marcela Lermy Mingorance didakwa menuntut pampasan melebihi ASD50,000 (RM197,350), dengan alasan beban kerja melampau, masa rehat tidak mencukupi serta masalah kesihatan akibat tekanan kerja.

Bagaimanapun, Mingorance akhirnya tampil menafikan laporan tersebut dan menegaskan bahawa tiada sebarang saman pernah difailkan terhadap Neymar.

Menurutnya, hubungan profesionalnya dengan bintang Brazil itu sebenarnya berlaku antara 2013 hingga 2018, dan sepanjang tempoh tersebut kerjasama mereka berjalan dalam suasana profesional serta penuh hormat.

Dia juga menyifatkan berita yang tular di media sebagai maklumat tidak tepat dan memberi bayangan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menggunakan namanya untuk menyebarkan cerita palsu.

Dengan isu tersebut reda, Neymar kini kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier bola sepaknya.

Selepas tempoh mencabar akibat kecederaan ketika bersama Al-Hilal, pemain berusia 34 tahun itu dilaporkan kembali menyertai kelab lamanya, Santos FC, dalam usaha menghidupkan semula kariernya.

Pemain sensasi itu juga masih menyimpan harapan untuk kembali menyarung jersi Brazil untuk ke Piala Dunia.

Topik Berkaitan

Must Watch Video