Perubahan besar melanda skuad hoki negara apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melakukan rombakan awal 2026 melibatkan ketua jurulatih lelaki dan wanita — satu langkah jelas ke arah strategi lebih realistik dalam era hoki moden.
Dengan kedudukan ranking dunia yang ketinggalan, KHM kini kembali bergantung kepada jurulatih berpengalaman yang pernah mencurah bakti bersama skuad negara.
Advertisement
Selepas kejayaan The Speedy Tigers layak ke Piala Dunia Hoki 2026 (14–30 Ogos di Belgium dan Belanda), KHM bertindak drastik melantik
Brendon Carolan sebagai ketua jurulatih baharu menggantikan Sarjit Singh.
Pelantikan ini dibuat hasil persetujuan kolektif kepimpinan tertinggi badan induk tersebut.
“Kesinambungan”
Itu agenda utama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) melibatkan aspek peralihan bakat remaja ke skuad utama.
transformasi meremajakan Speedy Tigers harus bermula sekarang !!!!
Itu pendirian (KHM) sejak dulu.
@ASTROARENA pic.twitter.com/pKM5mpZPPz— karlnunis (@_karlnunis) April 3, 2026
Carolan bukan nama asing, beliau pernah berada dalam barisan kejurulatihan bersama Paul Revington dan Arul Selvaraj sejak 2014.
Kini, Carolan dilihat sebagai figura penting untuk mengembalikan prestij skuad negara, selain merealisasikan visi KHM dalam usaha meremajakan pasukan.
Menariknya, Carolan menjadi jurulatih kelima dilantik di bawah era kepimpinan Subahan Kamal sejak 2015 menandakan KHM terus mencari formula terbaik untuk mengangkat semula hoki Malaysia ke pentas lebih tinggi.
"Tanggungjawab ketua jurulatih dan barisan jurulatih lain adalah untuk mengenalpasti pemain-pemain muda tidak kira umur, mereka harus ambil batu dan jadikan ia permata.
"Kita perlukan perubahan, kebanyakan pemain senior sudah berusia lanjut dan saya tidak mahu lagi memanggil pemain yang telah bersara untuk bantu skuad negara. Formula tersebut tidak akan kemana" jelas Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.