Skip to main content

Bola Sepak

Piala Malaysia: Siaran langsung & Live Streaming KL City vs JDT (separuh akhir)

KLCITY vs JDT

Kuala Lumpur City akan melayani kunjungan Johor Darul Ta'zim  (JDT) bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Cheras malam esok.

Juara bertahan, JDT, dilihat hanya tinggal selangkah untuk skali lagi menyapu bersih kesemua gelaran Liga Malaysia musim ini tetapi KL City bukan pasukan yang boleh dipandang mudah.

Advertisement

Juara edisi 2021 itu sudah pasti mahu menamatkan kemarau gelaran, sekali gus menjanjikan aksi terbaik untuk disaksikan.

Siaran langsung & Live Streaming KL City vs JDT (separuh akhir)

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 7.30 malam esok (Jumaat)

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.



 

Must Watch Video