Situasi yang sama tetapi skrip berbeza.
Beberapa nama besar pemain warisan Indonesia digantung sementara daripada beraksi dalam liga Belanda ekoran status pendaftaran kewarganegaraan yang mencetuskan persoalan di kalangan peminat dan kelab lawan.
Advertisement
Kontroversi besar melanda Eredivisie susulan pasukan NAC menghantar aduan kepada pengelola liga berkenaan kerakyatan bintang warisan Indonesia-Belanda, Dean James, yang bermain untuk Go Ahead Eagles.
Hilang kelayakan bermain, pasukan dikenakan hukuman atau tiada apa-apa kesan?
Difahamkan, beberapa nama terbabit masih didaftarkan selaku pemain Belanda berkemungkinan tidak melepaskan pasport asal meskipun sudah mewakili Indonesia.
Maarten Paes lolos dari larangan KNVB (Paspoortgate) berkat ketelitian Ajax. Ia bisa terus bertanding dan berlatih.
Saat Ajax merekrutnya dari FC Dallas pada Februari lalu, klub langsung menyadari risiko ini.
Ajax proaktif:
• Mengurus werkvergunning (izin kerja non-EU) dengan… pic.twitter.com/ZzuWAuagRb— Extra Time Indonesia (@idextratime) April 2, 2026
Berdasarkan undang-undang tempatan Eredivisie, seseorang pemain kelahiran Belanda yang sudah mempunyai kewarganegaraan yang lain (meskipun berdarah warisan) akan kehilangan status selaku warganegara Belanda kerana mengikuti perlembagaan negara itu.
Jadi, mereka perlu diklasifikasikan sebagai pemain import kerana tertakluk kepada syarat, permit kerja, visa dan penstrukturan gaji yang ditetapkan.
Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) telah menjatuhkan hukuman sementara apabila tidak membenarkan pemain berkenaan diturunkan kerana belum jelas isu kerakyatan.
Justin Hubner dan Nathan Tjoe-A-On antara tonggak yang terkesan apabila tidak dibenarkan bermain mahupun berlatih bersama kelab masing-masing ketika ini.
Segalanya akan selesai sekiranya semua dokumen kewarganegaraan menepati syarat pekerjaan disahkan.
Bagaimanapun, penjaga gol kebangsaan Sang Garuda, Maarten Paes, yang baru berpindah ke AFC Ajax tidak dikenakan sekatan kerana telah mengikuti syarat yang ditetapkan.
Situasi ini dilihat sama seperti Liga Super Malaysia dengan sedikit perbezaan apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City selama 12 bulan daripada menyertai perlawanan secara rasmi berikutan pemalsuan dokumen tatkala mewakili Harimau Malaya sebelum ini.