Skip to main content

Sukan Lain

Lebih beberapa dekad, satu kuasa besar dunia digantung serta merta

Catur

Federasi Catur Antarabangsa (FIDE) telah menggantung Rusia yang selama ini telah mengusai beberapa dekad dalam sukan itu -- selepas dicabar dalam undang-undang oleh Ukraine.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), pada bulan Mac mengesahkan aduan oleh Ukraine bahawa Persekutuan Catur Rusia telah merampas kawalan permainan di kawasan Ukraine sejak 2022. Rusia diberi 90 hari untuk melepaskan kawalan itu di lima wilayah Ukraine dan berhenti mengadakan kejohanan di sana.

Tetapi pada hari Rabu, FIDE yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Rusia, Arkady Dvorkovich, berkata Rusia tidak mematuhi tarikh akhir dan oleh itu telah memutuskan untuk "mengenakan sekatan penggantungan keahlian sementara... berkuat kuasa serta-merta".

Pemain senior Rusia akan mengekalkan hak untuk menyertai kejohanan di bawah penganjuran FIDE menggunakan bendera FIDE, bukan bendera mereka sendiri.

Hanya pemain junior sahaja yang boleh bermain menggunakan bendera Rusia.

Dalam acara berpasukan, pemain Rusia "mungkin layak" untuk mengambil bahagian di bawah bendera neutral tetapi ini tertakluk kepada keputusan FIDE.

Agensi berita negara Rusia memaklumkan sedang menyemak keputusan FIDE dan mungkin mencabarnya.

Persekutuan catur Ukraine memuji keputusan itu sebagai "kemenangan bersejarah".

Secara praktikalnya, keputusan itu merupakan tamparan simbolik kepada sebuah negara yang mempunyai tradisi catur yang mendalam dan pencapaian membanggakan.

Grandmaster dari Rusia dan republik Soviet lain menduduki puncak ranking terbaik dari tahun 1927 hingga 2007.

Namun era Anatoly Karpov dan Garry Kasparov kini telah lama berlalu, dan abad ke-21 telah dikuasai oleh Magnus Carlsen dari Norway dan sekumpulan bintang baharu dari India dan China.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Related Topics

Must Watch Video