Pemain Maybank, Ashran Hamsani, ingin menjadikan Liga Hoki Malaysia (LHM) sebagai tempat untuk memancing perhatian ketua jurulatih negara yang baru, Brandon Carolan, untuk memburu tempat tersenarai ke Piala Dunia Belgium-Belanda, Ogos depan.
Ashran mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi buat The Speedy Tigers akibat kecederaan meskipun mengikuti kempen kelayakan Piala Dunia di Mesir, dan dia ingin melepaskan segala perasaan itu dalam saingan liga yang bermula Sabtu ini.
Advertisement
"Ini tempat untuk saya membuktikan bahawa saya layak untuk berada dalam pasukan kebangsaan.
"saya tidak diturunkan dalam sebarang perlawanan kelayakan lalu, jadi saya amat kecewa," katanya.
Juga dengan sasaran utama Ashran musim ini, misi yang sangat penting untuk mendapatkan kejuaraan liga buat Maybank selepas sekian lama.
"Jadi saya harap mampu persembahan terbaik untuk berada dalam pasukan kebangsaan.
"Saya mahu kembali ke pasukan kebangsaan dan terlibat dalam Piala Dunia Ogos kelak," katanya.