Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Machan sah tarik diri

Machan

Ketua Pegawai Operasi Amateur Football League (AFL), Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad, dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengesahkan perkara bahawa Machan menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

Ini selepas badan pengelola itu menerima surat makluman penarikan diri daripada kelab itu semalam.

Advertisement

"Machan FC telah secara rasmi menarik diri daripada saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26 menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 03 April 2026.

"Kami telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu Machan FC dalam menangani masalah yang dihadapi, namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.

“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri Machan FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah, termasuk semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi," katanya.

Tambah Mohd Raimi, rentetan penarikan diri Machan, perjalanan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada, termasuk pembatalan semua perlawanan yang telah dijadualkan melibatkan pasukan berkenan.

Machan turut dikenakan hukuman pengantungan semusim (2026/27) daripada menyertai pertandingan anjuran AFL dan didenda RM20,000.00. Perkara itu juga akan dipanjangkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk hukuman tambahan.

 

Must Watch Video