Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Kuching City persiap pelan hadapi cabaran musim depan

j

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City, Iswandi Ali Hassan, mengesahkan kedudukan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, yang hampir pasti kekal mengemudi kelab itu untuk saingan musim akan datang.

Kehadiran pengendali dari Singapura tersebut yang menyertai The Cats sejak Ogos 2023 menyaksikan pelbagai perubahan drastik telah dilakukan termasuklah kemaraan ke pentas final Piala Malaysia buat julung kalinya dalam sejarah penubuhan kelab itu.

Advertisement

Iswandi dalam pada itu turut memaklumkan pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menaik taraf fasiliti serta kemudahan sedia ada di Stadium Negeri, Sarawak, sebagai persediaan jika pasukannya layak beraksi ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2026/2027.

Untuk rekod, Kuching City kini bersaing sengit bersama Selangor bagi merebut status selaku naib juara Liga Super yang hanya akan ditentukan dalam aksi terakhir pada hujung minggu depan.

Selepas perlawanan terakhir liga musim ini menentang Kuala Lumpur City, Stadium Negeri juga yang menjalani pengubahsuaian yang akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan.

"Dalam tempoh itu, kami mungkin akan berkelana ke semenanjung untuk berlatih.

 

 

"Layak ke tak, itu kemudian tapi kalau rezeki maka kami sudah ada perancangan.

"Mungkin kami akan menambah pemain juga kerana jadual padat ACL 2 selain tahapnya yang berbeza.

"(Kedudukan ketua jurulatih pula) 90 peratus akan kekal," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

 

Must Watch Video