Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Nafas baru Sang Saka Biru

PDRM

Pengurus PDRM, Shamshul Hisham Abd Razak, memberi jaminan isu tunggakan gaji pasukan itu akan diselesaikan segera dan tidak akan berulang pada musim hadapan selepas menerima tajaan RM3 juta daripada sebuah syarikat industri emas.

Ia dimaklumkan kepada wartawan Astro Areba, Zulhelmi Zainal Azam, susulan The Cops sebelum ini berdepan situasi tidak menentu apabila hanya menerima lesen kebangsaan bersyarat daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi penyertaan Liga Super musim depan.

Untuk rekod, PDRM menduduki tempat terakhir dalam saingan Liga Super musim lalu.

Dalam masa sama, Sang Saka Biru turut berkongsi tentang calon jurulatih baharu menjelang sepak mula musim 2026/27.

"Bajet yang ada ini untuk menyediakan pembayaran hutang sebelum ini termasuk persiapan musim hadapan dengan cara berhemah.

"Bagi saya dan pengurusan, kami harus berjimat sebagai langkah utama.

"Dua ke tiga tahun kebelakangan, kami tiada masalah kewangan.

"Tetapi atas beberapa isu, kami tidak mahu perkara itu berulang.

"Kami harus menandatangani jurulatih dan pemain yang termampu dengan kadar kewangan yang ada," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video