Penyerang utama Kuching City, Ronald Ngah Wanja memberi jaminan pasukannya akan mrncuba sedaya upaya bagi merealisasikan misi tiga mata di tempat lawan bertemu Penang malam ini.
Ujar tonggak import kelahiran Cameroon itu, baki enam perlawanan Liga Super amat penting buat The Cats tatkala pemburuan slot kedudukan kedua terbaik masih lagi terbuka di antara Kuching City, Selangor dan Kuala Lumpur (KL) City.
Advertisement
"Setakat ini, kami mengharungi liga dengan baik.
"Kami tahu ia akan menjadi musim yang sukar.
"Sebagai satu pasukan, kami harus menyelesaikan tugasan ini untuk mendapatkan tempat kedua Liga Super.
"Penang adalah lawan yang susah. Tetapi kami wajib meraih kemenangan.
"Perjalanan masih terbuka.
"Secara individu, saya mahu melepasi jumlah jaringan ketika bersama Kedah dahulu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.