Skip to main content

Permotoran

Malaysia Book of Records iktiraf ciptaan RCB dalam MotoGP

j

Kumpulan MKA iaitu syarikat automotif Malaysia yang menerajui jenama Racing Boy (RCB) yang terkenal di peringkat global secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian menghasilkan pemegang grip motosikal rekaan Malaysia pertama yang digunakan dalam kejohanan dunia, MotoGP.

Pengiktirafan tersebut diberikan susulan kejayaan penggunaan RCB Nagamaki Handle Grip dalam perlumbaan kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3, sekali gus membuktikan prestasi serta kebolehpercayaan di pentas tertinggi sukan permotoran antarabangsa.

Direka dan dibangunkan sepenuhnya di Malaysia oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan Kumpulan MKA, pembangunan inovasi ini bermula pada Disember 2020 dengan penekanan khusus terhadap aspek ergonomik, kawalan, serta prestasi pelumba dalam keadaan perlumbaan yang ekstrem.

Diinspirasikan daripada tsuka ataupun pemegang pedang katana serta teknik lilitan tsukamaki tradisional Jepun, dengan menampilkan corak struktur anyaman unik, ia direka untuk meningkatkan keselesaan, kestabilan dan kawalan ketika menunggang.

"?banyak yang perlu dipertimbangkan untuk membangunkannya, kemudian kami mendapati persamaannya dengan pmegang pedang samurai, oleh kerana kami inginkan yang terbaik jadi nama Nagamaki menjadi pilihan," kata Pengurus Besar Jenama RCB, Marcus Long. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video