Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United bergaya benam Aston Villa di Old Trafford

EPL

Manchester United tidak berdepan masalah menewaskan Aston Villa 3-1 untuk terus berada di kelompok ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam babak pertama meskipun terdapat serangan berbahaya dilancarkan untuk menutup babak pertama tanpa sebarang gol.

Advertisement

 

 

 

Namun, tandukan Casemiro pada minit ke-53 meletakkan United mendahului terlebih dahulu sebelum Ross Barkley menutup kelebihan itu 11 minit kemudian.

Anak buah Michael Carrick terus mengasak dengan Matheus Cunha dan Benjamin Sesko masing-masing menjaringkan satu gol untuk The Red Devils memastikan tiga mata penuh di laman sendiri.

United kini berada di tangga ketiga liga dengan 54 mata selepas 30 perlawanan sekali gus berada di landasan terbaik untuk melangkah ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

 

Must Watch Video