Manchester United memulakan persiapan menghadapi musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan langkah kiri apabila tumbang 0-1 kepada Wrexham di Helsinki, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Sam Smith sebelum tamat separuh masa pertama memberikan kelab divisyen kedua Inggeris itu kemenangan di hadapan 20,000 penonton di ibu negara Finland tersebut.
Muka baru The Red Devils, Andrey Santos, membuat kemunculan pertamanya sejak dipancing daripada Chelsea untuk digandingkan di samping Mason Mount di bahagian tengah.
Pengadil perlawanan kemudian menjadi cemuhan penyokong di penghujung perlawanan selepas menafikan sepakan penalti buat Dan Gore yang dikasari dalam kotak penalti.
Manchester United akan berdepan ujian kelab Norway, Rosenbor, dalam aksi ujian seterusnya pada Sabtu depan.