Skip to main content

Bola Sepak

Masa depan Imanol Machuca kabur

Machuca

Ibarat kali kedua tidak dapat menggunakan khidmat pemain Harimau Malaya, Imanol Machuca.

Jurulatih Velez Sarsfield, Guillermo Barros Schelotto, mengakui terkesan terkesan dengan penggantungan pemain sayap itu ekoran penolakan rayuan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), baru-baru ini.

Advertisement

CAS sebelum ini mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan daripada bermain dalam perlawanan rasmi terhadap tujuh bintang kebangsaan, namun dengan kelonggaran dapat berlatih bersama kelab masing-masing.

Sumber antarabangsa mendedahkan bahawa Guillermo Barros Schelotto kecewa dengan keputusan itu dengan menjangkakan pemain itu akan tersedia sepanjang musim.

"Apa yang berlaku dengan Machuca bukanlah seperti yang kami jangkakan. Kami fikir dia akan mendapat kebenaran untuk bermain sepanjang tahun.

"Sayang sekali kami tidak dapat menggunakan pemain itu. Kami akan melihat apa yang terbaik untuknya dan kelab, tetapi kami juga berminat untuk membawanya bersama kami pada masa hadapan," katanya.

Dalam masa sama, pengendali itu tidak terburu-buru mencari pengganti Machuca bagi menghadapi baki musim ini.

Namun, terdapat khabar angin mengatakan bahawa kelab itu dalam usaha untuk mengaktifkan klausa penamatan kontrak dalam perjanjian pinjaman Machuca daripada pasukan Brazil, Fortaleza, pada bulan Jun.

Velez akan terus membayar gaji pemain itu sehingga pertengahan tahun sambil membenarkannya berlatih, selepas itu dia akan kembali ke Brazil untuk menjalani penggantungan sehingga November.

Tatkala keputusan awal pada 26 September lalu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Machuca kembali pada Februari lalu dengan penampilan empat aksi sebelum menjalani semula tempoh penggantungan. 

Must Watch Video