Skip to main content

Memanah

Memanah MSSM: Suku akhir pun bidikan saya masih takut-takut -- Andi

j

Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 makin hampir menuju ke kemuncak dengan berlangsungnya final acara recurve individu hari ini.

Atlet MSS Pahang, Auni Insyirah Asrul Idham, muncul juara bagi kategori perempuan B-12 selepas mengatasi kontinjen MSS Selangor 7-1.

Kejayaan itu menyaksikan pelajar darjah enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan itu mengumpul tiga pingat emas peribadi MSSM dalam penampilan keduanya tahun ini.

"Tahun ini saya berjaya mendapatkan tiga emas dan tahun lalu saya pula hanya dapatkan emas menerusi kategori pasukan," katanya.

Sementara dalam kategori lelaki B-15 tahun, pemanah MSS Johor, Andi Muhammad Alif, meraih pingat emas sulung edisi kali ini dengan mengenepikan cabaran pemanah MSS Sarawak, Pok Hoe En, 6-2.

"Saya masih berasa takut hingga peringkat suku akhir dan perasaan itu mula hilang dalam separuh akhir.

"Ini satu permulaan yang bagus, ini emas pertama saya B-15.

"Esok saya perlu berjuang dalam acara berpasukan campuran dan berpasukan," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Related Topics

Must Watch Video