Skip to main content

Bola Sepak

Menang tapi tersingkir ke liga bawahan buat kali pertama selepas 15 tahun

WestHam

West Ham United tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun meskipun meraih kemenangan 3-0 di tempat sendiri ke atas Leeds United semalam.

Ia disebabkan pencabar terdekat, Tottenham Hotspur, berjaya menewaskan Everton 1-0, sekali gus mengesahkan penyingkiran Hammers daripada liga utama England.

Perlawanan terakhir EPL musim 2025/26 itu menyaksikan Spurs terselamat daripada penyingkiran dan menduduki tempat ke-17 dengan 41 mata sementara West Ham United di tangga ke-18.

"Ia adalah tempat yang mengerikan dalam bola sepak ... penyingkiran untuk kelab seperti ini, ia menyakitkan," kata Jarrod Bowen kepada Sky Sports.

West Ham menamatkan musim dengan 39 mata daripada 38 perlawanan, jumlah tertinggi untuk pasukan yang tersingkir sejak Birmingham City dan Blackpool pada musim 2010/11.

Bekas juara Liga Persidangan Europa (UECL) tiga tahun lalu itu mendapat kritikan peminat dan mendesak supaya ahli lembaga mula meletakkan jawatan dan bertanggungjawab dengan kegagalan itu.
 

Must Watch Video