"Sudah tiba masanya.
Itu laungan ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjelang perlawanan final pertama MFL Challenge Cup menentang Sabah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang esok.
Advertisement
Meskipun kehilangan khidmat tiga pemain iaitu Adib Ra'op dan Shamie Izuan akibat penggantungan dan juga Porteria Jose Elmer akibat kecederaan.
Wan Rohaimi tetap menganggap persiapan pasukannya berada di tahap terbaik.
Lebih-lebih lagi misi penting juga untuk mengakhiri penantian 24 tahun merangkul piala selepas kali terakhir bergelar juara dalam Piala FA 2002.
"Saya mengakui bahawa final adalah final.
"Ia adalah perlawanan yang unik.
"Saya berharap anak buah bermain seperti aksi terdahulu.
"Kami bermain agak baik pada empat aksi lalu. Saya mahu momentum itu diteruskan.
"Saya yakin skuad kali ini memberi kepuasan kepada seluruh peminat Penang," katanya.
Sementara itu, bagi ketua jurulatih sabah, Juan Torres Garrido, dapat mempersiap pasukannya dengan lebih baik aksi kali ini selepas mempunyai masa selama dua minggu.
Dia yang baru sahaja menyertai Sabah pada akhir Februari, menganggap perlawanan esok tidak akan menjadi penentu dan keputusan akhir hanya bakal diketahui di Likas menjelang timbal balik kedua nanti.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Sang Badak mara ke final musim ini selepas tewas dalam final Piala FA tahun lalu kepada juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Kali ini, kami mempunyai masa yang mencukupi.
"Sebelum ini kami menghadapi beberapa kekangan.
"Saya tak rasa ia bergantung sepenuhnya kepada satu perlawanan sahaja.
"Meskipun ketiadaan beberapa muka utama, tetapi kami sedia berdepan tuan rumah," katanya.