Skip to main content

Sukan Lain

MotoGP: Peminat tempatan teruja tonton persiapan Marc Marquez di Sepang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MotoGP

Hari kedua ujian rasmi MotoGP 2026 berlangsung dalam suasana yang cukup dramatik dan penuh cerita menarik.

Tumpuan utama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini terarah kepada juara bertahan, Marc Marquez, yang kembali mencuri tumpuan selepas musim lalu dibelenggu kecederaan bahu.

Advertisement

Rata-rata peminat MotoGP di Malaysia teruja dengan kembalinya Marquez dan kelibat juara dunia sembilan kali itu disambut dengan sorakan, kibaran bendera, senyuman lebar dan laungan semangat yang memperlihatkan betapa besarnya auranya.

Pada hari pertama ujian rasmi, Marquez terus mencuri tumpuan apabila mencatat masa terpantas dan menamatkan sesi di kedudukan teratas.

Menunggang jentera Ducati GP26, dia meninggalkan pesaing terdekat dengan jurang 0.256 saat dan menjadi satu isyarat jelas bahawa tunggangannya masih berbisa.

"Marquez sentiasa ada benda baru dan keyakinan mereka sentiasa di tahap tinggi.

"Saya bawa anak-anak bagi membina keyakinan mereka dalam saingan 'pocket bike'," kata salah seorang daripada ibu bapa yang hadir.

Tambah salah seorang pengunjung lagi: "Kami amat menunggu-nunggu kejuaraan ke-10. Enjinnya juga tampak banyak peningkatan.

"Kami juga menunggu catatan masa dalam keadaan basah."
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video