Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Mourinho kembali ke Real Madrid?

Mourinho

Jose Mourinho kini dalam fasa rundingan akhir untuk kembali membimbing Real Madrid selepas kali terakhir meninggalkan kelab tersebut kira-kira 13 tahun lalu.

Pengendali berusia 63 tahun itu menjadi calon utama dan satu-satunya individu yang sedang dibincangkan untuk menggantikan ketua jurulatih semasa, Álvaro Arbeloa.

Advertisement

Presiden kelab, Florentino Pérez, dilaporkan mula mempertimbang kepulangan Mourinho sejurus Xabi Alonso meninggalkan pasukan.

Ketika ini, Mourinho masih terikat bersama Benfica, namun mempunyai klausa pelepasan sekitar €3 juta (RM15 juta) selepas perlawanan terakhir musim ini.

“Masih ada perlawanan menentang Estoril.

"Selepas itu, saya akan menjawab mengenai masa depan saya bersama Benfica,” katanya.

Mourinho sebelum ini pernah membimbing Real Madrid dari 2010 hingga 2013 dengan meraih kejuaraan LaLiga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Sepanjang kariernya, bekas pengurus Manchester United itu turut mengendalikan kelab besar seperti Chelsea dan AS Roma.

Must Watch Video