Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Selangor sasar pertahan gelaran juara keseluruhan

mssm selangor

Kontinjen Selangor mempertaruhkan penyertaan penuh bagi kesemua 11 acara sukan yang dipertandingkan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) fasa pertama, dengan sasaran jelas untuk muncul sebagai juara keseluruhan bagi penganjuran kali ini.

Majlis penyerahan bendera kontinjen berkenaan berlangsung hari ini sebelum wakil Selangor bagi setiap acara sukan bertolak ke venue perlawanan yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia.

Untuk rekod, Selangor hadir dengan misi besar apabila ingin mengekalkan pencapaian johan keseluruhan 23 kali berturut-turut sejak 2001 dan memburu kejuaraan ke-24 musim ini menerusi dominasi total dalam kesemua acara yang ditawarkan.

Antara yang menjadi sandaran pingat sudah pasti skuad bola tampar.

Sebagai juara bertahan acara itu, atlet bola tampar MSSM Selangor, Muhammad Azib Rayyan Ragib, menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kualiti pasukan itu tahun ini, yang disifatkan lebih bersedia untuk mempertahankan kejuaraan lalu.

"Saya sudah lima tahun bermain bola tampar dan ini tahun kedua saya bertanding dalam MSSM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Kami dari Selangor akan memberikan yang terbaik dan memenangi kejuaraan tahun ini.

"Tahun ini kita dapat lihat skuad bola tampar memiliki fizikal tersendiri dan mereka semua memiliki tenaga yang berbeza berbanding tahun lalu.

"Kami memiliki semangat kejuaraan yang boleh bergelar juara tahun ini."

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video