Skip to main content

Sepak Takraw

Nasib sepak takraw Thailand ditentukan minggu depan

a

Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat rayuan daripada Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) berikutan insiden dalam final regu berpasukan bertemu Malaysia dalam Piala Dunia 2026, bulan lalu.

Jelas Abdul Halim, pihak TAT memohon agar istaf tidak mengenakan hukuman berat termasuk penggantungan kepada 12 pemain mereka kerana ianya bakal menjejaskan persiapan skuad gajah perang menuju ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadualkan membuka tirai September depan.

Dia turut mengesahkan, Jawatankuasa Disiplin ISTAF bakal bersidang pada Isnin depan bagi memutuskan hukuman yang akan dikenakan kepada skuad sepak takraw Thailand.


Thailand merayu agar dibenarkan untuk beraksi dalam Sukan Asia dan 12 pemain terbabit juga akan turut serta di Aichi-Nagoya.

"Dalam hal ini, Jawatankuasa Displin ISTAF sudah tentu memikirkan baik buruknya untuk mengheret 12 pemain tadi atau sebaliknya," kata di Nadi Arena. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video