Skip to main content

Renang

Kidslympic: Saya ingin jadi macam Michael Phelps -- peserta Karnival Renang DSA tanam minat peserta cilik

a

Karnival Renang DSA Kidslympic menghimpunkan ribuan perenang muda, keluarga, jurulatih dan penyokong dalam satu sambutan yang meriah bagi meraikan sukan serta pembangunan belia.

Acara ini menjadi platform kelayakan dan pembangunan penting dalam perjalanan menuju finale Kidslympic Malaysia Oktober depan menyaksikan atlet muda berpotensi di negara ini bakal bersaing untuk merebut penghormatan tertinggi.

"DSA telah membentuk ramai perenang tetapi untuk saingan kanak-kanak, tidak banyak pertandingan diadakan.

"Kerjasama ini membolehkan kami mengembangkan lagi program sebegini," kata Pengasas dan Pengarah D Swim Academy, Cyrena Yong.

Dianjurkan dengan kerjasama D Swim Academy (DSA) sebagai rakan strategik, karnival ini mencerminkan komitmen Kidslympic Malaysia dalam menyediakan peluang kepada semua kanak-kanak untuk bersaing tanpa mengira latar belakang atau keupayaan mereka.

"Saya amat meminati Michael Phelps dan saya mahu mewakili negara pada satu hari nanti.

"Saya perlu berusaha keras untuk mencapainya," tambah peserta renang kidslympic kategori 12 tahun, Ryan Soo.

Karnival tersebut turut menampilkan pelbagai acara renang yang direka khas untuk menggalakkan penyertaan, kemahiran, pembinaan keyakinan diri, serta gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak selain menekankan penglibatan komuniti dan kesaksamaan peluang melalui sukan.

"Saya dimaklumkan peserta yang terlibat di antara 6  hingga 12 tahun yang membabitkan penyertaan menggalakkan hampir 1000 peserta.

"Program ini perlu diadakan dari masa ke semasa dan Malaysia antara negara yang disegani di rantau ini.

"Program ini membolehkan peserta menyerlah potensi yang ada," kata Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabran Abd Bahar. 

Anda mungkin berminat dengan

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Must Watch Video