Jika bercerita mengenai sebuah pasukan bola jaring, pasti barisan pemain dan jurulatih yang akan menjadi tumpuan di muka hadapan.
Namun, tidak semua nampak kerja keras yang diletakkan individu lain yang sama penting penglibatannya dalam membangunkan sebuah pasukan yang hebat.
Advertisement
Bagi KL Wildcats -- yang berwajah baharu bagi menghadapi Netball Super League (NSL) 2026 yang bakal membuka tirai 11 April depan -- menjadi satu cabaran buat Arif Afandi Rosli yang galas tanggungjawab sebagai jurulatih kecergasan yang baru dalam membina fizikal barisan pemain untuk hadapi netball super league musim 2026.
"Ini kali pertama saya bawa sebuah pasukan bola jaring tapi saya sudah kaji pergerakan dan keperluan di atas gelanggang.
"Saya juga mengkaji perlawanan NSL sebelum ini, tengok tahap keamatannya.
"Saya cuba tingkatkan pergerakan terutama mengelak kecederaan.
"Saya menjangkakan mereka sekurang-kurangnya mampu mengangkat bebanan yang menyamai kekuatan pemain lelaki bawah 17 tahun," katanya di Nadi Arena.
Seorang lagi nadi KL Wildcats, Abraham Victor, yang bertugas sebagai pegawai fisio pasukan menjelaskan kepentingan kaedah yang diketengahkannya.
bagi victor, tugasnya adalah satu sahaja -- iaitu memastikan barisan pemain sedia untuk beraksi dengan bebas kecederaan.
ia sekaligus bakal jadi penentu kepada hasil akhir setiap perlawanan.
"Saya kena pantau latihan pemain -- selepas dan sebelum latihan bagi membantu mereka bermain tanpa kesakitan.
"Saya perlu berunding dengan jurulatih agar pemain dapat bertanding di tahap 100 peratus," katanya pula.