Skip to main content

Olahraga

Olahraga Pekak Kebangsaan: Larian bawa Syuhada keluar daripada rasa rendah diri

Syuhada

Kejohanan Olahraga Pekak Kebangsaan menyaksikan atlet Terengganu, Nur Syuhada Elyana Abdullah, menjadikan larian sebagai ruang untuk dia keluar daripada rasa rendah diri.

Setiap kali memenangi podium, Elyana berasakan sukan olahraga semakin dekat di hatinya, bahkan berjanji untuk membanggakan ibu dan neneknya yang membesarkannya sejak kecil lagi.

Melihat atlet Paralimpik negara cemerlang di mata dunia, Elyana juga menyimpan impian yang sama mahu menjejakkan kaki ke Sukan Pekak Dunia suatu hari nanti.

"Saya berlatih dan mencuba yang terbaik untuk Terengganu.

"Saya mengikuti nasihat jurulatih dan tidak bermain-main," katanya.

Anak tunggal itu berhasrat untuk melangkah lebih jauh selepas mengungguli pingat emas dalam 800 meter (m) para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Sasaran Elyana dalam kejohanan itu adalah untuk mengekalkan podium utama dalam dua acara iaitu 800m dan 1500m sebagai persediaan sebelum ke Sukan Orang Pekak Asia Pasifik di Pulau Pinang Oktober depan.

"Ibu menasihati saya supaya kuat dan pergi lebih jauh.

"Fokus masa hadapan untuk sentiasa mendapatkan emas," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video