Skip to main content

SUKMA

Olahraga Selangor disaran ketepikan perbalahan, beri perhatian kepada Sukma

l

Ketidakpuasan hati bekas presiden Persatuan Olahraga Selangor (POS), Datuk SM Muthu, yang mengemukakan bantahan dengan mendakwa salah urus tadbir dilakukan pengurusan POS yang kini diterajui Nurhayati Karim.

Justeru, Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) bagi Seksyen Sukan di Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Pekan Ramli, meluahkan rasa kecewa dengan ekosistem pentadbiran sukan negara yang ketika ini ibarat ingin fokus bertengkar sesama sendiri sahaja dan tidak tertumpu kepada sukan itu sendiri.
 

Mengambil maklum tentang apa yang terjadi dalam POS, Pekan percaya adalah lebih baik untuk mereka menghentikan perbalahan tersebut buat seketika, setidak-tidaknya hingga selesai Sukan Malaysia (Sukma) Selangor yang bermula 15 Ogos depan.

"(Elok) ketepikan dulu (perbalahan walaupun) POS memang dalam keadaan yang tidak sihat.

"Kita kena melihat ke hadapan. Tunggulah selepas Sukma kerana PJS pun sudah meluluskan bahawa AGM hingga November depan.

"Jadi sekarang beri tumpuan kepada Selangor sebagai tuan rumah, yang paling penting ialah berikan dulu fokus kepada persiapan atlet dan teknikal," katanya di Nadi Arena. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Related Topics

Must Watch Video