Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dalam satu sebaran media memaklumkan bahawa bekas pelumba berbasikal negara, Ng Joo Pong, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi dan berada di zon merah akibat tekanan darah yang terlalu rendah.
Joo Pong, yang juga abang kepada legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, merupakan antara ahli YAKEB yang sangat aktif dalam program kebajikan ketika sihat.
Advertisement
Dikenali sebagai 'The King of the Road', dia pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan Mexico 1968 serta meraih pingat emas Sukan Asia 1966.
Skuad YAKEB Prihatin menziarahnya di PPUM lewat malam tadi.