Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn, hari ini menerima penganugerahan Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T.) bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib.
Shin Ruenn yang turut pernah menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W.) dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) sebelum ini mendapat pengiktirafan itu susulan jasa, kepimpinan, penganugerahan dan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan orang pekak di Malaysia.
"Kejayaan ini juga menjadi lambang bahawa golongan OKU mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain, selain memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah negara yang lebih inklusif, progresif dan menghargai kepelbagaian." katanya.
