Skip to main content

Badminton

Pang Ron titip 'mutiara kata' buat Su Yin?

Pang Ron titip 'mutiara kata' buat Su Yin?

Beregu campuran negara, Cheng Su Yin, mengakui Hoo Pang Ron menitipkan kata-kata berharga buatnya agar terus fokus bersama pasangan baharu, Jimmy Wong dalam kejohanan mendatang yang akan dihadapinya.

Jelasnya, dia turut berasa sedih kerana gagal mendapatkan keputusan yang dimahukan bersama gandingannya itu pada kejohanan besar.

Advertisement

Selepas ini, Su Yin berazam menggunakan segala pengalaman yang dipelajari bersama Pang Ron untuk digunakan bersama Jimmy Wong.

"Saya banyak belajar dari Pang Ron setiap kali permainan yang dimainkan dan berterima kasih dengan segala yang curahkan.

"Saya berasa sedih sebab setiap kali latihan kesemuanya menjadi tetapi bila di hari perlawanan ada serba tidak kena.

"Tiada sasaran buat masa kini, berharap mampu beri prestasi terbaik ketika perlawanan.

"Dia cakap dengan saya berlatih betul-betul, kene percaya diri sendiri dan kena ada keyakinan" kata Su Yin kepad wartawan Astro Arena Faizal Bazari. 

Must Watch Video