Penggempur berbisa Vietnam, Rafaelson, yang turun dikenali sebagai Nguyen Xuan Son memilih Faisal Halim sebagai pemain terbaik dalam kem Selangor.
Tonggak naturalisasi kelahiran Brazil itu memuji kualiti yang dimiliki penyerang Selangor itu ketika beraksi dalam kempen Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 serta ketika berdepan Harimau Malaya sebelum ini
Ketika ditanyakan mengenai pemain terbaik di Selangor, dia berkongsikan: "Faisal Halim, dia pemain yang bagus, ada kualiti.
Who makes it on Nguyen Xuan Son's Best List? 🤔#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/U7gKYApVNE
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) May 13, 2026
"Saya berdepan dengan dia Ketika aksi terakhir lawan Malaysia. Di sangat bagus." katanya.
Faisal Halim antara watak penting memacu kejayaan Selangor menewaskan Nam Dinh 4-1 secara agregat untuk muncul pasukan pertama dari Malaysia layak ke pusingan akhir ACC Shopee Cup itu.
Selangor dijadualkan berdepan wakil Thailand, Buriram United, dalam pusingan akhir minggu depan.