Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia olahraga apabila bersara sebagai atlet profesional kebangsaan yang sudah meraih pelbagai pencapaian membanggakan.
Tiada siapa yang boleh menggantikan legasi Dekwan. Siapa sangka, atlet para itu merupakan individu pertama menyumbang pingat emas buat negara dalam Sukan Paralimpik 2016 kategori T36.
Advertisement
11 September 2016 menjadi sejarah apabila peminat tempatan menyaksikan kilauan pingat emas pertama menjadi milik Malaysia.
Disusuli kejayaan atlit lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli bagi kategori F20 meraih emas menerusi catatan 16.84 meter yang juga merupakan rekod dunia bagi acara berkenaan.
Pada keesokan harinya, Abdul Latif Romly melengkapkan hatrik emas buat Malaysia dengan memenangi acara lompat jauh kategori F20.
Bukan hanya itu, malah pencapaian sebanyak empat pingat emas dalam Sukan Para ASEAN dan Sukan Para Asia membuktikan Ridzuan selaku sandaran paling terbaik mengharumkan nama negara.
Dia pernah mencipta rekod dunia dengan larian terpantas 11.87 saat (s) namun, pecutan Dekwan yang kini berusia 38 tahun itu harus meninggalkan trek.
Terima kasih legenda!