Skip to main content

Olahraga

Peralihan kepimpinan Olahraga Malaysia jadi tumpuan

Peralihan kepimpinan Olahraga Malaysia jadi tumpuan

Ketika skuad olahraga negara memasuki fasa penting persiapan menghadapi beberapa kejohanan utama, keputusan Presiden Olahraga Malaysia, Karim Ibrahim, untuk berehat daripada tugasnya menjadi perhatian dalam kalangan atlet dan jurulatih.

Susulan itu, Wan Hisham Wan Salleh kini mengambil alih tugas presiden buat sementara waktu bagi memastikan perjalanan badan induk olahraga negara terus berjalan lancar.

Advertisement

Jurulatih olahraga kebangsaan, Ahmad Firdaus Salim, bagaimanapun menegaskan bahawa segala perancangan serta program latihan atlet masih berjalan seperti yang telah dirancang sebelum ini.

Menurutnya, fokus utama ketika ini adalah memastikan persiapan atlet tidak terjejas menjelang kejohanan-kejohanan penting yang bakal disertai sepanjang musim.

Dalam masa sama, Firdaus berharap kepimpinan baharu yang bakal dipilih nanti mampu memberikan sokongan lebih menyeluruh terhadap aspek kebajikan atlet, termasuk dari sudut program latihan, kemudahan serta pendedahan pertandingan di peringkat antarabangsa.

Dia percaya kestabilan pengurusan dan sokongan berterusan amat penting dalam memastikan pembangunan olahraga negara terus berada di landasan positif.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video