Perlawanan amal antara Pilihan enaga Nasional Berhad (TNB) menentang Pilihan Presiden berlangsung penuh nostalgia.
Bukan hanya membariskan pasukan dibarisi pemain legenda, malah ianya simbolik tanda penghormatan buat mendiang K. Rajan apabila pemain yang beraksi merupakan bekas rakan sepasukan, mahupun pemain yang lahir daripada air tangan mendiang sendiri.
Advertisement
Antara bekas pemain negara yang turun beraksi ialah Sarjit Singh, R. Shanker, Zulkifli Abbas, Stephen Van Huizen, Soon Mustafa serta Siti Rahmah.
Lebih signifikan lagi, perlawanan amal ini dianjurkan sebagai tanda sokongan moral dan kewangan buat keluarga mendiang.
"Luar biasa kerana saya dengan dia daripada usia 15 tahun sehingga dia meninggal, berapa kejohanan dia membawa pasukan jadi juara, ada sumbangan daripada pasukan KL, Negeri Sembilan.
"Banyak sumbangan sudah diterima, semua sumbangan akan diberikan kepada keluarganya," kata Presiden Persatuan Hoki Perak. Datuk Mohd Sayuti Abdul Samad.
"Sebentar tadi kami memberikan khairat kematian buat mendiang K.Rajan, sumbangan RM3000 buat keluarganya.
"Daftar segera untuk menjadi ahli YAKEB agar dapat disampaikan kemudahan buat mereka," tambah Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Suami saya dia seorang yang sangat suka hoki, dia akan lakukan apa sahaja buat hoki. Saya gembira ramai orang menyukai dirinya dan menyokongnya.
"Semua orang merindui dirinya." tambah isteri mendiang.