Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN FIFA: Nama besar Harimau Malaya harus kembali disenaraikan

sss

Bekas pemain negara, Asmawi Bakiri, mahu pintu ke skuad Piala ASEAN FIFA dibuka kepada mana-mana pemain yang membuktikan kualiti dalam Piala Hyundai ASEAN.

Asmawi menegaskan peluang perlu diberikan kepada pemain yang menonjol bagi membentuk skuad paling ampuh bersama tonggak utama negara demi menghasilkan pasukan yang lebih kompetitif.

"Pemain berkelas 'A' perlu dipanggil pada September depan. Saya tidak menafikan pemain sedia ada tapi kita tidak boleh pandang ringan tentangan Singapura, Indonesia dan India. Kita perlu utamakan nama besar," katanya.

Sementara itu, Asmawi menegaskan situasi semasa yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang kongres pemilihan tidak seharusnya menjejaskan persediaan Harimau Malaya.

Skuad negara berdepan ujian getir apabila diundi bersama tuan rumah, Indonesia, Singapura dan India dalam saingan peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA.

"FAM pasti ada perancangan untuk tidak ganggu program pasukan kebangsaan walaupun jadual Piala ASEAN FIFA bertindih dengan Kongres Pemilihan FAM . Kongres Pemilihan FAM tidak memberi kesan, seterusnya pihak seperti pengurus pasukan dapat menjalankan tugasnya bersama skuad negara," tambah Asmawi.


 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video