Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Congo lakar sejarah berganda ikat Portugal

congo portugal

Congo melakar sejarah berganda dalam Piala Dunia 2026 apabila bangkit mengikat pasukan pilihan, Portugal, 1-1 dalam aksi Kumpulan K di Houston sebentar tadi.

Melakukan penampilan pertama selepas lebih setengah abad dalam kejohanan itu, Congo seakan-akan terkejut ketika membenarkan Portugal berada di depan seawal minit keenam, di mana Joao Neves menanduk masuk bola lintangan Pedro Neto.

Bagaimanapun, beberapa saat sebelum ke bilik persalinan, Yoane Wissa mencipta sejarah sebagai pemain Congo pertama menjaringkan gol di peringkat Piala Dunia dengan melompat tinggi sebelum melepaskan tandukan menewaskan Diogo Costa.

Perlawanan lebih terbuka sepanjang 45 minit kedua tetapi tiada pertambahan gol berlaku.

Hasil keputusan seri itu, Congo meraih mata pertama sepanjang sejarah Piala Dunia.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video