Argentina menepati ramalan untuk memenangi perlawanan pertama Kumpulan J Piala Dunia 2026 dengan mudah menewaskan Algeria 3-0 di Stadium Kansas City, sebentar tadi.
Juara bertahan itu memperoleh tiga mata penuh dan menggagalkan segala percubaan pihak lawan untuk menjaringkan gol.
Bekas bintang Barcelona merangkap kapten, Lionel Messi, sudah pasti menjadi watak penting apabila menjaringkan tiga gol membantu pasukan nombor satu dunia dalam aksi sulung edisi kali ini.
Untuk rekod, ini merupakan hatrik pertama Messi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu sejak menyertainya pada 2006.
Rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-17 memberi kelebihan awal skuad kendalian Lionel Scaloni.
ππ'π ππππππ πππππ'π πππππ πππ ππ'ππ ππππ ππππππ ππ ππ.
ππ ππππ‘π π¦ππ’π₯ππ‘π π πͺπ’π₯ππ ππ¨π£ πππ§-π§π₯πππ ππ§ π―π΄ π¬πππ₯π¦ π’ππ π€―π€―π€― pic.twitter.com/QKwU6sRv6tβ 433 (@433) June 17, 2026
Terdahulu, Algeria berjaya menyumbat gol menewaskan Emiliano Martinez, namun kedudukan tersebut ofsaid, sekali gus tidak dikira.
Pemenang Ballon d'Or itu kemudiannya menambah koleksi gol peribadi pada babak kedua sebelum dikeluarkan berbaki 10 minit permainan.
Secara rasminya menyaksikan Messi menyamai rekod bekas pemain Jerman, Miroslav Klose, iaitu 16 gol selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman pentas tertinggi dunia itu.
Hari yang takkan dilupakan oleh Luca Zidane kerana tidak berhasil mengekang gergasi Amerika, malah terpaksa berputih mata gagal menyelamatkan gawang daripada dibolosi.
Anak kepada legenda Perancis, Zinedine Zidane, itu memilih mewakili Algeria berbanding mengikuti kewarganegaraan bapanya.