Pihak keselamatan Amerika Syarikat (AS) terus 'membunyikan amaran berbahaya'.
Difahamkan, bintang Iran, Mohammed Mohebi, telah dihantar pulang ke ke negaranya selepas meraikan jaringan penyamaannya menentang New Zealand dalam perlawanan Kumpulan G Piala Dunia 2026 di Stadium Los Angeles semalam.
Mohebi berlari ke tepi padang menyambut keraian selepas membantu pasukan ranking ke-23 dunia mengikat All Whites dalam aksi yang penuh bertenaga.
Kontroversi mula timbul tatkala Mohebi menunjukkan isyarat pistol di hadapan kamera mencetuskan pertikaian, persoalan dan kemarahan tuan rumah kerana mendakwa kelakuan tersebut mendatangkan bahaya buat Amerika Syarikat (AS).
🚨 BREAKING: Iran player Mohammed Mohebi has been deported back to Iran after his gun celebration vs New Zealand pic.twitter.com/kcTjl7vfxv
— Ball Zone (@TheBallZoneX) June 16, 2026
Umum mengetahui bahawa AS dan Iran bersetuju untuk melakukan gencata senjata ekoran konflik global yang melanda sebelum ini.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada wakil Iran.