Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Czechia sumbat gol pertama selepas 20 tahun tapi Korea Selatan lagi dramatik!

Son

Korea Selatan melepasi ujian pertama apabila meraih kemenangan menewaskan Czechia penuh bergaya dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia 2026 di Guadalajara, Mexico sebentar tadi.

Berdasarkan statistik, skuad kendalian Hong Myung-bo itu sememangnya lebih berhak meraih tiga mata penuh tatkala menguasai permainan lebih tinggi berbanding lawan dari ranking ke-43 dunia itu.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Jeonbuk Hyundai, Song Bum-keun, apabila banyak melakukan penyelamatan penting menafikan percubaan Czechia.

Ketua pasukan, Son Heung-min, mempunyai banyak peluang, namun segalanya buntu sehingga dia terpaksa digantikan.

Bagaimanapun, Ladislav Krejci terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-59 dengan menanduk masuk hantaran ke dalam dari bahagian tepi padang. 

Tahukah anda? Gol tersebut merupakan gol pertama Czechia dalam Piala Dunia untuk 20 tahun. 

Hwang In-beom kemudian menyamakan kedudukan 1-1 dengan gerakan cantik bijak memperdaya pertahanan lawan, melakukan pusingan sekali gus menewaskan bekas penjaga gol Manchester United, Matej Kovar.

Peminat tempatan merasakan gol itu seakan menyamai jaringan cantik bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, ketika menentang pasukan itu dalam Piala Asia 2023.

Oh Hyeon-gyu muncul wira dengan tampanan derasnya menghadiahkan kemenangan buat Korea Selatan dalam aksi pertama kedua-dua pasukan.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video