Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Demam K-Pop landa Bandar Mexico

k

Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia 2026 membabitkan Mexico dan Korea Selatan, bandar di Guadalajara dilanda K-Pop.

Kedua-dua pasukan memburu kemenangan kedua di Stadium Mexico City dan berpeluang untuk menjamin tiket ke pusingan kalah mati dan mereka disambut dengan suasana yang cukup meriah, meskipun gergasi Asia itu perlu menempuhi perjalanan dari California.

Demam K-Pop itu itu lebih ketara di Monterrey, sebuah pusat perindustrian Mexico di mana ketibaan Kia dan syarikat-syarikat besar Korea yang lain sejak sedekad yang lalu telah membawa kemasukan beribu-ribu rakyat Korea Selatan.

Pelajar Yoona Jwa, 19, merupakan sebahagian daripada gelombang ini apabila keluarganya berpindah ke Monterrey atas faktor pekerjaan bapanya ketika dia berumur lapan tahun dan bola sepak menjadi jalan keluar buatnya menyesuaikan diri.

"Pernah sekali saya memandu bersama rakan-rakan saya dan mereka menyanyikan lagu yang saya tidak kenali, kemudian baru saya sedar bahawa mereka menyanyi dalam bahasa Korea!" katanya.

Pemilik kedai di Monterrey turut menjual potongan saiz sebenar penyanyi berkumpulan Korea Selatan, Stray Kids, selain bantal dengan wajah bintang BTS.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video