England tidak mengelak daripada tugas berat yang menanti mereka di Stadium Azteca, dengan mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan cabaran besar mengharungi di altitud tinggi dalam pusingan 16 Piala Dunia 2026 menentang, tuan rumah Mexico.
Dengan venue pertemuan itu berketinggian 2,200 meter dari paras laut, perlawanan ini dijangka menawarkan salah satu keadaan yang paling sukar dalam kejohanan ini.
Bagaimanapun, England menegaskan tidak cara lain untuk melakukannya melainkan persediaan rapi.
"Pelbagai rintangan yang perlu kami hadapi, saya fikir itu hanya menambah adrenalin, keterujaan yang kami miliki sebagai sebuah pasukan.
\
"Dan prospek untuk mara ke suku akhir serta erti perlawanan ini buat pemain.
"Dengan tonik tambahan sebegini, saya fikir ia merupakan satu pertemuan yang menarik.
"Sudah tentu, kami sedar kesukarannya, betapa bagusnya mereka bermain termasuk suasananya
"Tetapi kami tahu bahawa jika kami berusaha sedaya upaya, kami mampu menundukkan hampir kesemua seteru," kata pemain tengah menyerang, Morgan Rogers, kepada pemberita sebelum pasukan itu berlepas ke Mexico.