Kemas kini terbaru menyaksikan atlet boling padang negara, Emma Firyana Saroji, muncul sebagai pemain nombor satu dunia mengikut ranking oleh World Bowls Series hari ini.
Untuk rekod, atlet berusia 39 tahun itu muncul juara perseorangan wanita dalam kempen Piala Dunia 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara November lalu.
Terdahulu, kali terakhir wakil negara menduduki tempat pertama dunia itu menerusi Izzat Shameer Dzulkeple pada 2024.