Ketua jurulatih Cape Verde, Bubista, beranggapan pemainnya tewas bermaruah meskipun keadaan dalam bilik persalinan dipenuhi perasaan kecewa dan hiba para pemainnya yang gagal melangkah ke pusingan 16 terbaik, Piala Dunia 2026.
Perkara itu susulan pasukan dari Afrika di ranking ke-67 dunia itu hampir memberi kejutan kepada juara bertahan, Argentina, sebelum terpaksa akur tewas 2-3 dalam 120 minit perlawanan di Miami.
"Perasaan dalam bilik persalinan penuh kesedihan. Kami sedih, sudah tentu sedih kerana kami meninggalkan kejohanan ini kerana kami begitu hampir.
🚨 BREAKING: Argentina vs Cape Verde has reportedly become the most-watched FIFA World Cup 2026 match globally so far. 🌍📺 pic.twitter.com/Lr8FVwGZJh
— Kalshi Sports (@KalshiSports) July 4, 2026
"Walaupun mereka sedih, para pemain berpelukan antara satu sama lain, mereka menangis. Ini merupakan sebahagian daripada perkembangan.
"Saya bangga dengan pemain, mereka melakukannya dengan bermaruah dan berani. Argentina menunjukkan mengapa mereka bergelar juara dunia. Saya rasa tiada pasukan lain boleh jaringkan dua gol lawan Argentina dan bawa ke masa tambahan, kami tidak pernah kehilangan identity kami." katanya.