Drama pada penghujung permainan apabila kemasukan penjaga gol tumpuan, Mat Ryan, seperti wira namun hakikatnya gagal membantu Australia, sekali gus tersingkir daripada Piala Dunia 2026 di Dallas awal pagi tadi.
Mesir mencipta sejarah baharu apabila mara ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit.
Barisan kejurulatihan Mesir wajar diberi pujian tatkala menggunakan video melibatkan aksi Real Madrid sebagai rujukan bagi memahami pergerakan Mat Ryan menjelang penentuan sepakan penalti itu.
Ia, menjadi titik berharga buat negara ke-24 dunia itu dengan menganalisis corak penjaga gol Levante itu dalam masa singkat, dan ternyata membuahkan hasil sebelum mereka layak ke peringkat seterusnya.
Pendekatan itu dianggap genius termasuk pemain yang diberi tanggungjawab menyempurnakan penalti memusnahkan harapan Socceroos.
Mat Ryan was subbed on in the 119th minute to be Australia's shot stopper in the penalty shootout.
It was just the second time after Tim Krul (Netherlands vs. Costa Rica, 2014 QF) that a keeper came on just for penalties at the men's World Cup.
Ryan made zero saves as Egypt… pic.twitter.com/UerUsm447z— B/R Football (@brfootball) July 3, 2026
Kekalahan itu menyaksikan tamat sudah perjuangan Asia dalam kancah berprestij itu, dengan kesemua negara dari benua terbabit gagal memecah kebuntuan termasuk Jepun.
Sebaliknya, pencapaian terbaik buat wakil Afrika itu yang menamatkan penantian panjang untuk meraih kemenangan pertama dalam perlawanan kalah mati.