Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Gila! Penjaga gol veteran Cape Verde raih 12 juta pengikut dalam satu malam!

vozinha

Satu kejutan luar biasa berlaku dalam saingan Piala Dunia FIFA 2026 apabila penjaga gol veteran Cape Verde berusia 40 tahun, Vozinha, menjadi tular di seluruh dunia.

Jumlah pengikut Instagram Vozinha melonjak secara mendadak daripada sekitar 50,000 kepada lebih 12 juta dalam masa satu malam selepas dia mempamerkan aksi bertaraf dunia menentang pasukan gergasi bola sepak, Sepanyol.

Dalam perlawanan itu, Cape Verde, yang membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia, dipaksa bertahan sepanjang perlawanan dan menghadapi 27 asakan bertubi-tubi daripada jentera serangan Sepanyol.

Bagaimanapun, Vozinha tampil kebal dengan melakukan tujuh aksi menyelamat luar biasa untuk mengikat Sepanyol 0-0.

Keputusan seri itu bukan sahaja menghadiahkan mata Piala Dunia yang pertama dalam sejarah negara kepulauan kecil Afrika itu, malah membolehkan Vozinha dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Lonjakan mendadak pengikut media sosial itu sebenarnya dicetuskan oleh saluran penstriman popular Brazil, CazeTV, yang memegang hak siaran rasmi perlawanan berkenaan.

Hos saluran itu menyeru jutaan penonton mereka untuk menekan butang 'follow' pada akaun Instagram Vozinha sebagai tanda penghormatan atas aksi hebatnya.

Di sebalik kejayaan itu, terselit kisah menyayat hati apabila Vozinha dilihat menangis teresak-esak selepas wisel penamat.

Vozinha mendedikasikan perlawanan bersejarah itu kepada mendiang datuk dan neneknya selain mendedahkan ibunya tidak dapat hadir ke stadium akibat masalah visa dan kos perjalanan yang terlalu tinggi.

Kejayaan Vozinha membuktikan bagaimana pentas Piala Dunia mampu mengubah nasib dan profil seorang pemain dalam sekelip mata.

Impak tular itu bukan sahaja meletakkan nama Cape Verde di peta bola sepak dunia, malah jumlah pengikut media sosial Vozinha kini secara rasminya memotong populariti ramai bintang sukan ternama lain.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

Must Watch Video