Kanada terikat 0-0 dengan Afrika Selatan selepas separuh masa aksi pusingan kedua, Piala Dunia 2026 di Los Angeles ketika ini.
Les Rouges lebih banyak merencanakan gerakan menyerang tetapi taktikal bertahan Afrika Selatan menyukarkan percaturan mereka di depan gawang
Percubaan pertama Kanada hadir pada minit ke-17 tetapi percubaan lemah Jonathan David tersasar.
Percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-22, di mana tandukan pertahanan, Derek Cornelius, ditangkap kemas penjaga gol, Ronwen Williams.
Menuju ke penghujung babak pertama, Kanada memperoleh peluang berturut-turut dengan situasi kelam-kabut di depan gawang tetapi masih buntu membolosi gawang Afrika Selatan.
Kemuncaknya, mereka hampir dihadiahkan sepakan penalti selepas Richie Laryea dijatuhkan tetapi semakan video bantuan pengadil (VAR) menafikannya.